Sunday, May 19, 2013

ASSORTED CUPCAKES




KELAS ANEKA ROTI KOMERSIAL



BARBIE DOLL CAKE





Base: choc moist cake
skirt: choc sponge cake
deco with buttercream icing

PRINCESS BIRTHDAY CAKE




CHOC MOIST CAKE + BUTTERCREAM + PIPING GEL DECORATING
1KG

Thursday, May 16, 2013

KURSUS ANEKA TARTLET BERSAMA PELAJAR KHAS POLITECH JOHOR

 Pelajar istimewa bergambar bersama guru mereka.




 
Kami di jemput sebagai tenaga pengajar untuk mengajar pelajar2 istimewa (pekak/bisu) dari Politeknik Johor Bahru. Kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan sampai bila2.Saya doakan mereka berjaya di Dunia dan di Akhirat.

SPONGE BOB BIRTHDAY CAKE




STACKED BIRTHDAY CAKE





CHOC MOIST CAKE COAT WITH CHOCOLATE GANACHE
3KG

NO 1 BIRTHDAY CAKE




Chocolate Sponge Cake + Buttercream (1kg)

Wednesday, May 8, 2013

BROWNIES



BROWNIES + GANACHE + ALMOND FLAKES
10" X 10" - RM45

FONDANT HANTARAN CAKE




CHOC MOIST CAKE COVER WITH FONDANT
1.8KG - RM150

Angry Bird




CHOC MOIST CAKE + BUTTERCREAM
1.5KG RM90

Wednesday, May 1, 2013

JADUAL KELAS BULAN MEI


Jadual Kelas Bulan Mei. layout tengah di usahakan.. hehehe....
PERSONAL CLASS akan di buat pada WEEKDAYS sahaja. terus hubungi kami di talian 019-3373259 / 017-7773259 untuk keterangan lanjut mengenai kelas


Tarikh & Masa                         Kelas Yuran
4-May KELAS ANEKA ROTI KOMERSIAL RM200
Sabtu Modul: Roti Naik, Roti Loaf dan 8 Jenis
10am - 4pm Roti Bakery.
9-May KELAS ANEKA MUFFIN RM120
Khamis Modul: 4 jenis muffin gebu
11am - 2pm Choc Muffin, Banana crumble muffin, 
Sovoury Muffin dan Bluebery Muffin
12-May KELAS SLICE CAKE KOMERSIAL RM250
10am - 5pm Modul: 4 jenis Slice Cake yang boleh di
Ahad Jual di pasar malam atau karnival
Choco slice cake, Tiramisu, Blueberry
dan Cheese Slice Cake
Bonus: 2 jenis swiss roll komersial
16-May KELAS KEK KONTINENTAL (DEMO) RM150
11am - 3pm Modul: Russian black & white cake,
khamis American Choco Cake with Coating dan
Snowy Pandan Layer Cake
17-May KELAS ALL CHEEZY CAKES (DEMO) RM150
11am - 3pm New York CheeseCake, No bake Caramel
Jumaat Cheese Cake & Cotton Cheese Cake
with Fruits Topping
18-May KELAS FOOD FOTOGRAPHY RM100
10am-5pm Modul: peserta akan di ajar cara basic
Sabtu photography, food fotography dan bonus
peserta akan di beri pendedahan cara
mengedit gambar guna photoshop.
19-May KELAS ANEKA ROTI KOMERSIAL RM200
10am - 5pm Modul: Roti Naik, Roti Loaf dan 8 Jenis
Ahad Roti Bakery.
25-May KELAS PASTRY LAPIS RM200
10am - 5pm Modul: membuat pelbagai jenis Pastry
Lapis di antaranya Apple Strudel & filling,
Cream Horn + creamy Custard, 
chicken pie dan banyak lagi

AYAM MASAK KICAP




Selalu tengok gambar kek je kan.. kali ni tengok pic ayam lak.. hehehhee

Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam - potong la berapa banyak korang nk potong

2 labu bawang merah besar - di hiris
4 ulas bawang putih - ketuk pakai pisau then cincang
1 inci halia - ketuk dan potong halus
3 biji lada merah - hiris halus
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
kicap manis secukupnya
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cil
i1/2 cawan 
air asam jawa
2 biji tomato - belah 4
sedikit daun bawang
sedikit perisa tambahan dan garam
garam dan kunyit - gaul kat ayamminyak secukupnya

Cara Membuatnya:

- Goreng ayam hingga masak. tapi jangan garing. agak2 la ye..
- Panaskan minyak dlm kuali. tumis bahan hiris dan tumbuk tadi. biar sehingga garing dan naik bau
- Masukkan air asam jawa. biar seketika. masukkan ayam serta kicap, sos tiram dan sos cili
- Gaul sehingga sebati. biarkan seketika sehingga kuah agak pekat.  masukkan tomato dan masukkan perasa.
- Tutup api dan tabur dengan daun bawang.- Angkat dan boleh la di hidangkan dengan nasi


DISNEY PRINCESS CAKES





KEK ANGRY BIRD



Tempahan kek yang simple dari pelanggan. Biasanya kek seperti ini akan di beli pelanggan secara walk in. Datang ke kedai kami dan terus beli.. :)

MINI PAVLOVA

_DSC0092

_DSC0095

Hari tu ada yang bertanyakan saya tentang resipi Pavlova.. Ni saya kongsikan resipi pavo yang biasa saya buat. sebenarnya resipinya sangat mudah dan sama je macam lain2 resipi... tetapi kuncinya harus tau cara membakar pavo ni. sebab silap2 haribulan pavonya jadi rentung tetapi masih bergetah/chewy dan tidak rapuh.. hehehehe. (jadi sila la kenal mengenali dengan oven anda terlebih dahulu ye)
Secara Lumrahnya Pavo ni memang manis.. jadi sesuaikan dengan cream yang kurang manis dan buah-buahan yang agak masam ye.. enjoy...

Resipi Pavlova

Bahan-bahan:
4 biji putih telur - Gred A
3/4 cawan Gula pasir Halus
1 tsp cuka apple
1 sudu makan tepung jagung

Cara membuatnya:
- Tetapkan Suhu oven ke 200'c terlebih dahulu.
- Dalam Bekas bersih. Satukan kesemua bahan. putar menggunakan Mixer sehingga menjadi stiff peak.
- Stiff peak (bila anda angkat adunan meringue, hujungnya bertanduk).
- Masukkan ke dalam Piping Bag. 
- Paipkan di atas loyang yang telah di alas dengan kertas minyak.
- Turunkan suhu oven ke 130'c.
- Bakar selama lebihkurang 30 minit atau sehingga masak.
- Nak tau pavo ok ke tak? try test alihkan bawahnya guna pisau. kalau senang terkopek dari kertas.. maknanya Anda BERJAYA.... yahoooooo......

Topping:
Saya guna fresh cream less sugar je.. cari kat kedai jual bahan bakery.... 

p/s - Kalau malas nak buat.. meh order je dari saya.. ^___^