Hari tu ada yang bertanyakan saya tentang resipi Pavlova.. Ni saya kongsikan resipi pavo yang biasa saya buat. sebenarnya resipinya sangat mudah dan sama je macam lain2 resipi... tetapi kuncinya harus tau cara membakar pavo ni. sebab silap2 haribulan pavonya jadi rentung tetapi masih bergetah/chewy dan tidak rapuh.. hehehehe. (jadi sila la kenal mengenali dengan oven anda terlebih dahulu ye)
Secara Lumrahnya Pavo ni memang manis.. jadi sesuaikan dengan cream yang kurang manis dan buah-buahan yang agak masam ye.. enjoy...
Resipi Pavlova
Bahan-bahan:
4 biji putih telur - Gred A
3/4 cawan Gula pasir Halus
1 tsp cuka apple
1 sudu makan tepung jagung
Cara membuatnya:
- Tetapkan Suhu oven ke 200'c terlebih dahulu.
- Dalam Bekas bersih. Satukan kesemua bahan. putar menggunakan Mixer sehingga menjadi stiff peak.
- Stiff peak (bila anda angkat adunan meringue, hujungnya bertanduk).
- Masukkan ke dalam Piping Bag.
- Paipkan di atas loyang yang telah di alas dengan kertas minyak.
- Turunkan suhu oven ke 130'c.
- Bakar selama lebihkurang 30 minit atau sehingga masak.
- Nak tau pavo ok ke tak? try test alihkan bawahnya guna pisau. kalau senang terkopek dari kertas.. maknanya Anda BERJAYA.... yahoooooo......
Topping:
Saya guna fresh cream less sugar je.. cari kat kedai jual bahan bakery....
p/s - Kalau malas nak buat.. meh order je dari saya.. ^___^
No comments:
Post a Comment