Thursday, October 3, 2013

RESEPI KUIH TALAM ABC



Saya sebenarnya paling suka makan kuih talam.. apa jenis kuih talam pun saya suka. :) tapi nak membuatnya tu memang jarang la. kalau ada tempahan belum tentu dapat merasa sebab biasanya buat cukup untuk customer.. sebab sekali buat biasanya dapat seloyang beso. nak habiskan seloyang tu punya la seksa.. anak2 bukan suka makan kuih2 macam ni. kadang2 saya dgn mr. hubby je mencekik. nak buat separuh loyang renyahnya sama macam nak buat seloyang. Dulu masa masih di johor selalu jugak la menghulur ngan jiran2 sebelah.. sekarang dah pindah puchong ni.. Erkkk Jiran sebelah pun tak pernah jumpa.. hehehe

Buat kuih talam ni biasanya saya guna 1 resipi sahaja.. asanya sama.. tapi kali ni saya guna resipi dari Yati Memories pakar kuih talam.. hehehhe Komen dari customer pasal kuih ni sumer kata sedap.. Alhamdulillah....

 Resipi Kopipes darihttp://yatiememories.blogspot.com

Bahan Lapisan Bawah (loyang 10x10x3)

(A)

  • 2 cwn tepung beras
  • 4 sb tepung Hoen Kwee (putih) - saya tukar ke tepung jagung
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
(B)
  • 1 cwn cendol (toskan airnya)
  • 1 cwn whole kernel corn (toskan airnya)
  • 1 cwn kacang merah ( yg telah di rebus dan toskan airnya)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A dan dikacau hingga sebati.
  2. Masak atas api sederhana sehingga nak wap. (separuh pekat)
  3. Masukkan bahan (B) & gaul hingga sebati.
  4. Tuang kedalam loyang yg di alas plastik dan di sapu minyak kelilingnya, kukus selama 25 minit.

Bahan Lapisan Atas
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur - saya guna 1 biji gred A
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna pink - saya guna 3 colour
Cara-Caranya.
  1. Satukan semua bahan2 utk lapisan atas, kacau sehingga rata.
  2. Masak sehingga naik wap(sedikit pekat)
  3. Cakar sedikit gunakan garfu lapisan bawah dan tuangkan adunan lapisan atas.
  4. Kukus lagi selama 25 minit.
  5. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik.

No comments:

Post a Comment